Salam gembira di pagi Ahad....
Alhamdulillah, Aidil Adha tahun ni selamat disambut dengan gembiranya dan penuh keinsafan. Macam tahun-tahun yang lalu, setiap kali Aidil Adha tiba, kami sekeluarga menyambutnya di Kelantan. Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga suamiku untuk menjalankan ibadah qurban bersama ahli-ahli keluarga yang lain.
Selepas selesai menunaikan solat hari raya, kami sekeluarga menuju ke rumah mak saudara yang terletak 3km aje dari rumah kami. Anak sulungku tak sabar-sabar nak tengok lembu disembelih...asyik dok gesa aku cepat bersiap takut tak sempat tengok katanya. Paham ajelah bila dah ada baby ni, nak buat keje cepat-cepat pun jadi lambat jugak sudahnya. Tapi kali ni bukan si kecik yang buat hal, anak yang nombor dua pulak yang buatkan pergerakan kami menjadi lambat. Bangun dahla lambat, nak suruh mandi pun payah. Sudahnya si kakak mula tarik muncung takut tak sempat tengok acara sembelihan berlangsung.
Bila semuanya dah siap, kami pun bergerakla ke rumah mak saudara yang ku maksudkan. Alhamdulillah, sempat jugakla kami tengok lembu disembelih. Oleh kerana kamera aku buat hal lagi ( ni namanya kena beli kamera baru agaknya!) jadi terbantutla keinginan aku untuk ambil gambar proses seterusnya yang berlaku...harapnya lepas ni boleh beli kamera baru dan dapatlah segala kenangan dirakamkan....
Selepas daging dilapah, keje orang pompuanla pulak untuk memasak. Aku jadi tukang tengok aje, maklumla dok dukung Damia jadi ada jugakla alasan tak buat keje....hehehehe..saje aje tu..Lagipun aku tengok kat dapur dah ramai orang yang membantu, so tak payahla nak sesakkan dapur lagi.
Hajat di hati nak tunggu sampai lauk masak, tapi aku pulak dok sakit kepala dan terasa urat-urat sendi semuanta sakit-sakit. Tak sempat tunggu siap semuanya, aku pun pujuk suami balik umah. Pening kepala menjadi-jadi, pelik jugak dalam beberapa hari ni migrainku cepat sangat menyerang.
Sampai aje rumah, aku pun tido dengan jayanya. Dah lama betul tak tido waktu petang macam tu. Sekali tido, mak ai, dekat 3 jam jugakla...sudahnya, malam tu aku tak boleh tido....Mata aku terlelap dekat pukul 3 pagi jugakla.
Pagi Ahad pulak, pukul 11.00 gitu kami bertolak balik ke KL. Kali ni aku dan anak-anak akan habiskan cuti kami hampir sebulan jugakla kat KL. Suami macam biasa akan balik KB untuk keje...dan macam biasa jugak kena tinggal sorang-sorang kat umah. Tak pelah kan Yang, bukannya tiap-tiap bulan I balik KL...tahun ni boleh kira dengan jari U kena tinggal!Hehehehe....
Dalam perjalanan ke KL tu, kami singgah di Pusat Rekreasi Sungai Yu. Anak-anak aku excited bila tengok air sungai dan masing-masing tak tunggu lama terus merendamkan diri. Tapi tak lama, sebab tengok hari dah nak gelap. Takut hujan turun, kami pun meneruskanla perjalanan....Anak-anak tak puas hati tak dapat main air lama-lama dan aku pulak berjanji akan bawak diorang mandi nanti kat Alang Sendayu ke, Bukit Belacan ke...asalkan air terjunla...
Akhirnya kami selamat sampai di KL jam 7.00 malam. Keletihan terus terasa...dah lama tak berjalan jauh macam ni....segala urat dan sendi perlu dibetulkan. Malamnya, lepas aje membersihkan diri, semuanya terus pengsan hinggala ke pagi.....
Apa aktiviti yang aku dan anak-anak buat di KL? Tunggu ajelah entry seterusnya nanti!