RSS

Wednesday, November 18, 2009

Akhirnya...yang ditunggu tiba jua!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat iman dan Islam...yang masih memberikan kesempatan untukku bernafas lagi di muka bumi....Syukur..sebaik-baik kalimah mengucapkan rasa terima kasih padaNya atas nikmat dan rahmat yang tak putus-putus selama ini..

Waahh...idea datang mencurah-curah ni,tak sabar-sabar menyuruh jari jemariku menari-nari di atas keyboard....tapi dek kerana kesuntukan masa entry kali ni tertangguh lagi. Tapi apapun, bila ada saje kesempatan, aku tak lepaskan peluang yang ada.

Tengok tajuk entry kali ni,mesti kalian tertanya-tanya kan..apa yang si Ayu ni tunggu ye? Agak-agaknya apa ye yang menjadi penantianku selama ini? Haaa...ada yang nak cuba nasib menjawab?? Apa diaa??? Salah...bukan..Dahtu kalau salah dan bukan, habis tu apa bendanya??

Hehehehe..saje nak wat gempak aka havoc sikit kat sini. Ala bukannya apa,sedar tak sedar, hari ni adalah hari ke 45 tempoh aku berpantang. Kiranya dah boleh isytihar MERDEKA lah lepas ni. Macamanalah boleh tak sedar nih? Haritu bukan main lagi dok mengira hari, bila sampai waktunya, boleh terlupa plak. Ni menunjukkan tanda-tanda "penuaan"..Hehehehe..yelah, mana ada orang semakin hari semakin muda plak kan!

Dah cukup hari ni, kiranya aku bolehla mula sedikit demi sedikit meninggalkan apa yang menjadi pantang sebelumni. Haaa..kalau bab keluar berjalan, maafla...tak sempat cukup hari aku dah keluar! Tapi dah cukup 40hari laa...dan rasa diri dah sihat. Dahtu apa lagi yang aku boleh buat ni? Hmmmm......makan! Yeee....bab makan dah bolehla try makan benda lain selain ikan bakar yang setia menemaniku sepanjang tempoh berpantangni. Tapi tak boleh nak belasah aje makan ikut sedap mulut dan selera...maklum luka belum sembuh sepenuhnya lagi. Kang makan tak ingat dunia, mulalah rasa sakit dalam perut dan seterusnya melambatkan proses nak sembuh luka...hiissshhh,tak maulah aku. Nayakan diri aje. Bawak-bawak bersabarlah jawabnya demi menjamin kesihatan yang lebih diutamakan untuk golongan orang-orang macam aku ni yang bersalin secara caesarean. Tapi kadag-kadang bila tengok anak-anak minum ais, sedaaaapp aje...mujurlah cuaca sekarangni sejuk sebab hujan, kalau macam time mula-mula aku pregnant dulu panas sepanjang hari, alamatnya aku dah minum ais ni! Yang lain boleh aku tahan, tapi bab ais ni...hhmmmm...hantu! Mujurlah aku ni kuat semangat jugak dan setakatni berjaya lagi menahan diri daripada tergoda dengannya....

Patutnya harini aku keluar ambil anak kat sekolah dan pastu singgah di sekolah aku kejap tapi dek kerana hari ni hujan lebat, suasana nyaman + sejuk, rasa malasla pulak (sebenarnya penyakit M tu yang lebih...). So aku tangguhkan aje niat nak ke sekolah tu esok. Hajatnya nak ambil exam paper untuk ditanda dan dapatlah jumpa kawan-kawan dan students sebelum sesi persekolahan tahun ni berakhir. Cepat betul masa berlalu! Rasanya macam baru semalam sesi persekolahan tahun ni bermula...tau-tau dah nak habis!

Apa pun....aku sentiasa mengharapkan hari ini lebih baik dari hari semalam...dan hari esok adalah lebih baik dari hari ini.....InsyaAllah!

4 pengkritik jemputan:

Tirana said...

Tahniah..dah lepas tempoh berpantang..Walaubagaimanapun, jaga diri baik-baik kerana masih baru lagi.

sonata anak kancil said...

tahniah dah selesai berpantang!

Sasha said...

Legaaa nyaaa!... Walaupun dah abis pntang... org mcm kita yg bersalin cara ni x boleh nak tlampau aktif... proses pemulihan lambat bbanding org lain... tp selalu gak terlupa, pandai nasihat kat org je... hehe... take care

Ayu Cute said...

kak tirana : tq kak...tulah kekadang tak ingat baru aje hbs pantang...

sonata : tq..tq...

sasha : mmg tersgtla leganya! tula pasal,tak leh nak aktif tp selalu LUPA DIRI!hehehehe...bila dah terasa sakit,barula mula teringat diri tu tak kuat mana....