RSS

Sunday, November 8, 2009

Qiamullail


Qiamullail ialah bangun pada waktu malam dengan beribadat kepada Allah spt bersolat,membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

HIKMAH QIAMULLAIL


-meningkatkan keimanan individu
-meningkatkan darjat di sisi Allah
-dapat beribadah dengan lebih khusyuk
-melatih diri menjadi insan yang bertakwa
-mendidik jiwa melawan nafsu syaitan
-melatih diri mengharap keredhaan Allah.
-menajamkan akal fikiran
-meneguhkan kekuatan rohani
-menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya..
 

Waktu-waktu qiamullail.

Waktu untuk solat malam ialah selepas isya' sehingga sebelum masuk subuh. bagi solat Tahajjud, di galakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir..


" kita sanggup berjaga malam demi peperiksaan..
tetapi mengapa susah bila nak....
bangun malam untuk mendapat keredhaan Allah? "


" mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan Nya); dan mereka selalu mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang dirahsiakan untuk mereka yang amat indah dipandangan dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang telah mereka kerjakan,"- SURAH AL-SAJDAH;16-17.




0 pengkritik jemputan: