RSS

Sunday, November 15, 2009

No 1 Lagi!

Salam kepada pembaca dan peminat blogku sekelian (ada ke peminat aku nih?) Waah..dah dua hari rupanya aku tak menulis dan sekaligus tak mengupdate blog tercinta..tempat aku mencurahkan idea (kalau boleh dipanggil idea lah kan!)Ini semua disebabkan kesibukan aku kat rumah..al maklumla,bila tiba weekend, semua ada di rumah,maka terpaksalah aku meluangkan lebih masa bersama suami dan anak-anak...

Aku nak kongsikan kegembiraan hati aku sebagai seorang ibu dengan kalian semua. Hari Khamis baru ni anak sulungky, Nana balik dengan perasaan happy + gumbira + seronok. Aku pun heran jugak nape happy benar dia. Sambil tersenyum-senyum simpul Nana mengunjukkan report card dia (Nana bersekolah di SK Zainab 1, KB) seraya berkata :

" Mama, cuba tengok report card Nana tu"

Aku buat tak tau aje memula tu..nak tengok apa tindakan dia seterusnya. Anak aku yang sorang ni memang cepat tak sabar...so bila dia tengok aku buat deeekkk aje, mulalah dia membebel..

"Mama..cepatla tengok.." sambil mulut mungilnya berbunyik pot pet pot pet,tah apa yang dibebelkan.

"Yala,yala..Mama tengokla ni.."

Aku pun apa lagi tak tunggu lama,terus mencari-cari muka surat yang menunjukkan keputusan exam anak aku. Rasa cuak jugak, dapat nombor berapalah pulak kali ni. kalau masa mid year exam hari tu dia berjaya mendapat nombor 1, kali ni memanglah aku berharap sangat dia mengekalkan kedudukannya tu. Bukan apa, darjah satu ni kelas tak streaming lagi..so untuk tahun hadapan,streaming kelas tu ikut result exam. Kalau dapat result elok, dapatlah kelas yang elok @ pandai.

Taaarrraaaaaa......alhamdulillah, apa yang ku tengok ialah anakku berjaya mengekalkan kedudukannya lagi. Yang lebih membanggakan aku apabila aku membaca catatan guru kelasnya..

"Tahniah..Anda berjaya naik ke kelas 2A 2010!"

Kelas 2A @ 2 Alamanda adalah kelas pertama untuk Tahun Dua(di SK Zainab 1 ni guna nama bunga untuk kelasnya..Alamanda, Bougainvilla, Camelia, Dahlia dan Eugenia).Maklumlah, pelajar-pelajarnya semuan perempuan! Memang menjadi harapan aku agar Nana dapat naik ke kelas 2 Alamanda pada tahun hadapan.

Mungkin sesetengah orang berpendapat, apalah ada pada kedudukan kelas..ye tak? Tapi pada pendapat aku, kedudukan kelas ni memang mempengaruhi diri pelajar tu sendiri. Ini aku dapat lihat di sekolah tempat aku mengajar. Walaupun nak belajar di sekolah tu agak payah, hanya dengan keputusan UPSR 5A saja yang boleh memohon. Kemudian, ada pulak ujian jawi. Bila di tingkatan satu, pelajar-pelajar akan mula disusun mengikut kepandaian. Memang tidak dapat dinafikan, pelajar-pelajar yang belajar di kelas hadapan lebih bermotivasi daripada pelajar-pelajar yang belajar di kelas akhir @ belakang. Pengalaman aku sendiri yang mengajar kelas terpandai dan kelas terkebelakang membuatkan aku perlu memikirkan kaedah dan cara yang paling berkesan untuk melaksanakan proses P&P.

Berbalik kepada kisah anakku tadi, aku bersyukur dengan keputusan yang dia perolehi walaupun sebelum peperiksaan berlangsung, Nana lebih banyak menghabiskan masanya di depan TV berbanding mengulangkaji pelajaran! Risau aku dibuatnya...tapi alhamdulillah, dia berjaya membuktikan pada aku dan suami yang dia memang faham dengan apa yang diajar gurunya dan dia boleh buat. Itu yang penting bagiku dan aku amat mengharapkan,kejayaan ini akan berterusan dan seterusnya menjadi contoh tauladan pada adik-adiknya nanti...InsyaAllah!

Apapun, MAMA LOVE NANA SO MUCH!

1 pengkritik jemputan:

teh said...

hebat la nana...
congrats nana n k.ayu...