Salam pembaca budiman...
Eeehhh..apasal tajuk entry kali ni KEMBALI KE SEKOLAH? Bukan ke sekarangni tengah cuti? Ke si Ayu ni dah tak sabar-sabar nak ke sekolah lepas 55hari bercuti? Kot ye pun Cikgu Ayu cikgu yang berkaki lebar, sabar-sabarlah kan...cuti lama lagi nak dihabiskan ni....bawak bertendanglah Cikgu Ayu..takkan lari sekolah dikejar!
Bukannya apa,pagi Ahad lepas aku terima panggilan telefon daripada kerani sekolah, suruh aku datang sekolah hantar beberapa dokumen penting untuk urusan kenaikan gred. Tangguh punya tangguh, maka semalam pepagi lagi aku dah tercatuk depan pejabat sekolah. Hajatnya semua urusan dapat disiapkan dengan cepat tapi gedebak gedebuk makan 3 jam jugak nak siap!
Mujurlah aku masih lagi di KB, buatnya dah balik KL, tak ke haru biru jadinya nak uruskan hal tu. Bukannya apa, nak jugak marah kat kerani tu. Haritu sebelum hantar borang kenaikan DG 44, dah tanya slip result PTK nak kena hantar semua ke tak. Dia cakap nak yang latest. Sudahnya nak jugak yang lama.Hmmm....nak marah pun, tak blh,kang tak naik plak gred yang aku dah tunggu-tunggu tu. Nasib baiklah bukan setakat nak hantar slip result tu aje, tapi aku kena plak isi borang prestasi tahun 2009 untuk dinilai oleh PK Pentadbiran dan juga Pengetua tentunya...Dan ada satu lagi urusan yang aku kena siapkan sebelum aku berangkat balik ke KL hari Sabtu ni iaitu key in markah final exam pelajar. Jadi, dengan pemergian aku ke sekolah semalam, 3 kerja dah terlaksana...syukur alhamdulillah...
Ni la borang prestasi yang kena diisi tiap-tiap tahun
Cikgu-cikgi sure biasa tengok borang ni kan....
penentu kita dapat APC ke tak untuk tahun tu
Bila berada kat bilik guru, terasa rindulah pulak especially kat meja aku. Yelah, dah 55hari tak ke sekolah, maunya tak rindu kan.Dah biasa keje, tetiba bercuti lama plak tahun ni, jadi rindu pada situasi kesibukan bekerja tu membuak-buaklah jadinya.
Ni lah meja tempat aku menulis, mengelamun, berborak
dengan jiran-jiran meja depan, kanan aku, belakang aku...
dengan jiran-jiran meja depan, kanan aku, belakang aku...
Tu exam paper yang dah selamat aku tanda dan dah pun
dikey inkan markahnya semalam
Aku sempat jugak beramah mesra dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang tunggu nak ambil paper Add Maths pada sebelah petangnya. Sempat jugak aku wish good luck kat diorang, dengan harapan dapat buat Add Maths dengan cemerlangnya.
Masuk pejabat, aku pun checkla punch card aku...rindu plak nak berebut-rebut punch card dengan kawan-kawan takut lewat nanti kuarle kaler merah...hehehe...sekali sekala tak pela lewat, kalau dah hari-hari,kang big boss panggilla plak...
Mesin punch card yang menjadi rebutan pada waktu pagi dan petang
Dah siap segala urusan, aku pun melangkah pulang dengan hati yang teramat gumbiranya sebab lepas ni bolehlah aku beraya dan balik KL dengan tenang, aman, damai dan bahagia....yahhooooo......
Nota kecik : Tak ada perkara yang lebih membahagiakan kita melainkan semua keje yang ditanggungjawabkan dah terlaksana dengan sebaik dan sesempurna mungkin.....
0 pengkritik jemputan:
Post a Comment