RSS

Monday, November 16, 2009

Hari yang meletihkan!


Laaaa.....dah dekat pukul 1 pagi rupanya! Aku tak jugak tido-tido...macam hari-hari yang sebelumnya, waktu macam ni memang aku masih lagi berjaga disebabkan si kecik Damia yang suka berjaga malam...nak ajak aku main-main dengan dia kot tu pasal suka sangat berjaga malam!


Ni kira dah masuk hari baru...tapi dek kerana dalam kepala ni dah set nak tulis jugak cerita ni, maka aku tulis jugakla ye...tak kisahlah hari baru pun cuma apa yang nak aku kongsikan di sini ialah apa yang aku buat semalam (Ahad)


Aku bangun agak lewat..tak pernah-pernah aku bangun selewat ini..semuanya gara-gara Damia yang tido pukul 5.00 pagi! Celik aje mata, aku tengok jam dah pun pukul 10.36 pagi..masyaAllah, lama jugak aku tido selepas anak sulungku pegi sekolah...hajat di hati nak aje sambung tido semula tapi bila anak ku Syasya mula mintak itu ini,terus terbantut niat tu. Hari ni Syasya tak pegi sekolah, malas katanya. Mujurla ni minggu terakhir sesi persekolahan tahun ni...dan dia pun masih di tadika. Aku takla rasa bersalah sangat. Aku buatkan sarapan untuknya dan bila dah tak pegi sekolah, apa lagi..mengadap depan TV ajelah nampaknya dia!


Aku plak?? Apa lagi mulalah start mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah ni. Ada anak dara dua orang pun, bukannya nak menolong...menyepahkan rumah lagi adale! Geram betul dengan perangai anak-anakku yang suka sangat sepahkan barang-barang. Bukan aku tak ajar, tapi agaknya memang diaorang ni suka tengok aku membebel! Bila disuruh dengan cara baik dan lembut, masing-masing buat tak tau aje..tapi bila aku dah start "rap", haaa..mulalah masing-masing kemas. Reti pulak nak kemas...aduhai anak!


Apa yang nak dikemas ye?? Nak start kat mana dulu nih? Hmmm....sudahnya aku start dengan meja tempat anak ku yang sulung menyepahkan segala buku dan barang-barang dia...Aku nak tengok, lepas ni berapa hari pulak dia nak sepahkan balik meja tu...Laaa..meja papa pun sama jugak! Sepah dan sepah....


  
Tengok tu...barang-barang dia

 

Semuanya dilonggokkan atas meja

 

Tahap sepah yang melampau!

 

Ni pulak meja papa...sepah jugak

 

Lagi-lagi sepah!


Usai kemas atas meja, aku sambung plak kat dapur.....kemas apa-apa yang patut sebab lepas ni nak memasak pulak untuk lunch nanti...Nilah hasil usaha aku mengemas walaupun hasilnya tak sekemas mana asalkan mata aku tak serabut memandang!


 
 Steriliser botol susu anak dan tong isi beras


  
 Kemasle sikit berbanding sebelumnya...


  
Stok orange..dalam pantang mmg aku byk makan orange utk cepat sembuhkan parut luka 


Tengah kemas, si Syasya pulak mula sepahkan barang-barang yang dah sememangnya bersepah dan belum dikemaskan lagi..siap buat main jual-jual plak...anakku yang sorang nih...bukan nak tolong kemas, lagi disepahkannya!

 
 Barang-barang yang menjadi jualan Syasya


 
Tak sempat kemas lagi, dah disepahkan!

Lepas tu aku buat apa pulak ye???Haaa..jangan terkejut sudahle.....Adoi..rupanya-rupanya ada tiga bakul baju yang dah kering menunggu untuk dilipat. Bab melipat baju ni yang aku malas ni...rasa "bercintaaaa" aje. Kalau membasuh, laju aje...bab melipat memangla liat sikit. Aku jeling aje pada bakul pakaian tu...kang kalau tak buat, makin bertambahla pulak. Nak tak nak, aku pun tarik satu persatu pakaian tu dan mulalah melipat....waaaa...tolong!!!



Ni bakul pertama....


 

 Ni plak bakul ke dua..ada lagi.....



 
Haaa..ni bakul ke tiga....tak de dah...


Lepas kemas dapur, aku pun mulalah memasak untuk lunch. Apa lauk yang nak dimasak ye? Tengok dalam fridge, apa benda yang ada so aku just kelaurkan ajelah apa-apa yang patut. Anak-anak tak cerewet bab makan, so aku pun masak ajelah lauk yang paling sempoi, mudah dan cepat....

 

Ayam goreng kunyit..


Sawi Jepun dgn sos tiram

 

Sup chicken n meat ball ...meat ballnya hancussss!

Waaah wah wah...kalau ditengok lauk-lauk kat atas tu, aku boleh ke makan?? Hari ni baru hari ke 42 aku berpantang....Hhhmmmmm....aku macam biasa, lauk aku cuma ikan bakar aje..nasibla! Aku memang jaga bab makan semasa pantang. maklumla, aku bersalin secara caesarean memang kena jaga sangat-sangat. Silap-silap lambat pulak luka dalam perut ni nak sembuh...

 

Proses membakar ikan...tempat bakar ikan Made In Indonesia..tp aku beli dari kawan sekolah yang dia order dari Sabah...jauh tuuu.... senang sangat guna alat ni, tak payah nak guna arang..


 
Ni aje lauk aku..IKAN SELAR BAKAR makan dgn nasi putih kosong....sampai bila aku nak mkn camni?? Entahla....selagi tekak aku termampu makan!


Aku berhasrat dan berniat nak cuba kuruskan badan aku ni lepas ni. Mata aku terus terpandangkan treadmill yang dok tersandar malu dan lesu kat dinding. Masa mula-mula beli, aku dan hubby berebut-rebut nak guna. Sudahnya tengokla, dah jadi tempat sangkut beg plastik plak..Oh tidaaakkk.....lepas ni aku akan berlari-lari di atasmu, wahai cik treadmill! harapnya begitulah....kalau tak, kesian plak..beli mahal-mahal tak guna. Silap-silap rosak cam tu aje!



 
Cik treadmill yang terbiar lama....


Oklah..mata dah kuyu ni...nanti kita sambung dengan citer yang lain pulak....zzzzzzzzzz

2 pengkritik jemputan:

Sasha said...

itulah realiti kehidupan seorang yg bernama ibu... penat, kerja yg x pernah2 abis (esp mengemas)& boleh sakit jiwa dibuatnya...
tp syukurlah ada gak yg nak buat sepah... kalau rumah kemas tp sunyi sepi hidup tanpa anak2 pun boleh jd gile jugak...

Ayu Cute said...

Kak Sha..betul tu..tak meriah hidup kalau tak de pengalaman mcmni kan? Terasa sgt macamanla perasaan suri-suri rumah sepenuh masa yg setia buat keje rumah....tabik spring utk mereka..utk Kak Sha juga...