Salam pada semua....sepatutnya entri ni aku poskan malam tadi sejurus balik dari satu urusan penting buat si kecik Damia tapi dek kerana banyak tugas lain yang menunggu, maka aku terpaksa tangguhkan niat tu ke hari ini...
Malam tadi kami sekeluarga ke Klinik Wakaf Siku 2 di Kubang Kerian untuk urusan bersunat Damia. Patutnya perkara ni dah selesai tapi asyik dok tertangguh aje...aku nak bergerak ke mana-mana sekarangni kena tunggu suami balik keje dulu...maklum dengan cuaca yang asyik hujan aje membantutkan pergerakan ke mana-mana. Suami aku pulak, kalau jarum jam kat umahni tak mencecah pukul 8.00 mlm, takdenya dia nak sampai kecuali kalau aku peringatkan dia apa-apa urusan yang perlu dibuat malam tu, haaaa....barulah dia balik awal.(Kalau dia balik awal, memang satu perkara yang pelikla bagi aku!)
Selepas bersiap-siap, kami pun bertolakla ke klinik yang dimaksudkan. Masa tu dah pun pukul 8.30 malam, rasanya doktor pun dah ada ni selepas klinik ditutup sekejap untuk rehat. Dalam banyak-banyak klinik, aku dan suami pilih klinik ni sebab aku selesa dengan cara Dr Aminah melayan pesakit. Aku kenal dia sejak dia bertugas di Pusat Perubatan An Nisa lagi. Waktu nak bersalin anak sulung, doktor tu la yang merawat aku. Aku suka cara dia, lemah lembut dan pandaila nak tenangkan hati pesakit. Yelah kan, time kita tengah sakit, mestilah nak dilayan dengan baik......kalau kena dengan doktor yang layan lebih kurang aje (maaf, aku bukan nak tuduh semua doktor begitu, ada segelintir aje) makin bertambah sakitla jawabnya! Silap-silap temperature dan pressure darah naik, boleh gaduh jugak dibuatnya.
Sampai aje kat klinik, urusan pendaftaran dibuat dan kami pun tunggulah giliran dengan sabarnya....rupanya Dr Aminah tak bertugas malam ni tapi giliran Dr Aida.Tak pelah, janji anakku boleh bersunat. Lagipun aku biasa jugak dengan Dr Aida ni.So bila tiba giliran kami, aku pun masukla bersama-sama 3 orang anak daraku...
Damia dan Papa
Kak Nana pun nak tumpang posing sama
Papa and his three little angels...
Mama pun nak posing sekaki jugak...
Urusan bersunat dibuat sekejap aje...sayu jugak hati bila dengar Damia menangis...mujur tak lama..mungkin terkejut agaknya bila terasa sakit di bahagian sulit tu. Yang si kakak berdua pulak setia menemani Damia, sambil tutup muka takut dan kesian tengok adik katanya. Bila tanya ingat tak time kena sunat dulu, dua-dua geleng...mana nak ingat, time tu kan kecik lagi! Si Nana dok tanya aku sakit ke bersunat...aku kata sakit jugakla tu pasal adik nangis ( walaupun kita tak ingat camana rasa sakit bersunat tu kan :-) )
Selesai urusan bersunat, sempat lagi kami singgah di supermarket Nirwana Maju...beli barang-barang yang perlu (kononnya tak nak ambil troli sebab hajat nak beli sikit aje tapi hhhmmmmm..sendiri mau ingatla! ) Kami tak ambil masa yang lama sebab Damia dah pun terlena di pangkuan Papanya...
Musim cuti sekolah ni pasti ramai ibu bapa yang ambil kesempatan untuk selesaikan urusan bersunat bagi anak-anak bujang mereka.....yang lebih menariknya, ada yang siap buat majlis sunat beramai-ramai...yelah, bukan semua anak kita berani.....dengar aje perkataan SUNAT, maunya ada yang lari tak cukup tanah! di kalau buat majlis sunat beramai-ramai, boleh jugakla berkongsi debaran dengan kawan-kawan yang senasib..Buat adik-adik yang akan bersunat,selamat menempuh pengalaman bersunat...semoga semua yang dirancang berjalan lancar...
2 pengkritik jemputan:
Kecik2 senang nak bersunat, dia x reti nak melawan... selesai dah satu lg perkara dlm list Ayu... lega dah... nak dtg tgk baby raya ni boleh ker?... hehe... lama kita x jumpe2 eh.. rasanya dah 3 tahun... anak2 kita pun x kenal sesama diorang...
Kak Sha, betul tu..time kecik ni semua benda nak buat senang sebab diorg tak reti apa-apa lagi..Eh boleh apa salahnya? Memang dah lama tak jumpa kan? Lagipun Ayu balik KL sebulan jgkni...
Post a Comment