RSS

Saturday, November 21, 2009

Macam-macam peristiwa yang berlaku


Salam ceria di pagi Sabtu yang nyaman dan indah...

Rindu sungguh rasa di hati nak menulis di blogku yang dah terbiar sejak 3 hari yang lepas. Bukannya disengajakan tapi macam-macam peristiwa dan perkara ang berlaku dalam minggu ni. Nak mulakan yang mana satu ye? Ok, kita mula dengan peristiwa yang berlaku pada hari Khamis lalu..

Alhamdulillah, rentetan kejayaan anak sulungku, Nana pada peperiksaan akhir tahunnya maka pihak SK Zainab 1telah mengadakan Hari Kecemerlangan UPAT & UPSR 2009 pada petang Khamis lalu. Buat kali keduanya Nana menerima hadiah daripada pihak sekolah dan pertama kalinya aku dan suami menghadiri majlis seumpama itu. Tak mahu mengecewakan Nana, aku hadir pada petang itu walaupun langit mendung dan disertai dengna hujan yang tersangat lebat! Namun kulihat ibu bapa yang hadir tetap tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing untuk menyaksikan sendiri anak-anak mereka menerima hadiah di pentas. 

 
Report card Nana

 
 Kad ULBS

Tahniah diucapkan kepada pihak SK Zainab 1 yang telah berjaya mengadakan majlis tersebut dan juga pada petang itu juga SK Zainab 1 telah melakarkan satu lagi sejarah apabila seramai 91 orang pelajarnya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR sekaligus melayakkannya menjadi sekolah terbaik di negeri Kelantan. Aku berharap Nana juga akan melakarkan sejarah kecemerlangan yang serupa nanti, InsyaAllah.

Sebelah malamnya, aku menyingsing lengan membantu mak mertuaku memasak nasi dagang untuk dijamu kepada tetamu yang hadir pada majlis cukur jambul anakku keesokan harinya. Aku ni takla pandai sangat memasak nasi dagangni, aku cuma tolong apa-apa yang patut aje. Urusan memasak aku serahkan pada Ma dan mak saudaraku, Mok Nah yang memang expert bab masak memasak ni. Aroma lauk dan juga nasi yang dikukus terus membuatkan perut aku lapar dan tak sabar nak makan walaupun nasi dagang bukanlah menu kegemaranku!


Damia dipangku nenek saudaranya

 
Haii...habisla rambutku yang lebat ni nanti....

 
Pasrah ajela....

Pagi Jumaat pula, majlis cukur jambul untuk puteri ketiga ku, Damia telah diadakan di rumah mak mertuaku. Majlis dibuat secara kecil-kecilan, hanya dihadiri oleh sanak saudara terdekat dan juga tok imam masjid di kawasan rumahku. Hujan punyalah lebat, namun alhamdulillah, semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Hadirin dijamu dengan nasi dagang yang dimasak oleh Ma dan Mok Nah. Memang sedaplah, aku sempat lagi menambah nasi! Mujur aku beringat bab makan ni...masih lagi kena jaga dan berhati-hati...


Dan petang Jumaat selepas usai solat Jumaat, proses membotakkan kepala anakku pula. Seperti anak-anak yang lain, adalah menjadi tugas suamiku untuk mencukur kepala anak-anak kami sehingga licin. Kesian pulak aku tengok Damia yang nyata sungguh tak selesa apabila suamiku mula mencukur kepalanya. Bila dah siap, lain pulak aku tengok wajah anakku ini...dah nampak macam baby boy pulak! Hehehehe...lepas ni kenalah pakaikan reben di kepala agar orang tak tertukar jantina anakku tu....



Papa menggunting rambut Damia sebelum dicukur


Wajah Damia selepas dibotakkan kepalanya



Comel jugak anak Mama ni walaupun botak!

 
Si kecik dan si besar

Malamnya??? Takde apa-apa yang berlaku, hujan lebat mencurah-curah ke bumi membuatkan suasana menjadi sejuk dan mengundangkan untuk segera tidur. Namun aku sempat jugak menjenguk blogku ini dan hajat di  hati nak melawat blog kawan-kawan yang lain terpaksa ku tangguhkan apabila mataku sudah terlalu berat untuk melihat apa-apa....



3 pengkritik jemputan:

Tirana said...

Mana gambar baby yang botak tu? Mesti cute Damia sebab mama dia pun cute..hehehe

Sasha said...

BZnya dia weekend lepas... Tahniah utk Nana!... Kekalkan kecemerlangan tu sampai besar... Ha'ah... Baby Damia yg comel tu mana gambarnya?... budak cute... botak pun still cute... selesai satu persatu hal... lega walaupun penat...kan?

Ayu Cute said...

Kak tirana n Kak Sha..ni dia pic budak botak Damia...still cute as before...hehehe...