RSS

Thursday, November 5, 2009

Cuti-cuti Malaysia...Ilham Resort, Port Dickson

Waaah..cepat sungguh masa berlalu! Hari ni dah pun 5 Nov..tak lama lagi cuti sekolah bermula. Anakku yg sulung, Nana baru aje hbs final exam dia semalam. Bila aku tanya, jawabnya boleh buat. Kita tunggu ajelah result dia nanti camne..pasal dia ni malas sikit nak buat ulangkaji.Tu yg aku selalu membebel!Tapi as usual, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri! So far dia tak menghampakan aku dlm pelajarannya, cuma aku khuatir kali ni dia tak dpt kekalkan kedudukan no 1 dlm kelas tu lagi..

Bila nak dkt cuti ni, mulalah kepala dok pikir nak pegi ke mana agaknya? Dengan keadaan aku skrgni, mmgla kesian kat anak2 aku yg jarang keluar. Kalau tak, hbs aje sekolah biasanya aku akan bwk diorg jln2 kat KB. Hujung minggu pun mcm tu jgk,at least tak de la terperuk kat umah aje. So memandangkan cuti sekolah tak lama lagi menjelang, kalau kat sini last school day 19hb...maka aku dah decide nak pegi bercuti di Ilham Resort, PD. Tempat yg selalu aku dan family pegi bila kami balik KL. Kali ni kami akan balik KL 6hb Dec...selepas semua urusan kat sini selesai. Lagipun, tahun ni giliran beraya haji kat sini...so ditambah pulak dgn temujanji imunisasi Damia nanti,aku terpaksa tangguhkan urusan balik tu. Kalau tidak, biasanya mlm last school day tu jugak aku dah caboott....

Cerita pasal Ilham Resort ni, so far aku puas hati dgn tempat ni. Harganya reasonable n affordable..mana taknya, kakak aku dpt special rate sbb dia keje under PNB..kalau tak, mahal jugak nak bayar. Anak2 aku dah over excited tunggu hari nak pegi. Yang kakak aku pulak akak Mama Ila (panggilan anak2 ku pd kakakku) tiap2 hari call cerita pasal resort tu. Dahla tiap2 hari plak anak aku dok counting the days left. Naik letih aku dibuatnya nak jawab soklan yg sama : Mama, bila cuti sekolah? Bila kita nak balik KL? Adoyaaii..kalau hilang sabar,maunya dah kena anak2 aku ni! Tapi memandangkan budak2 umur mcm diorgni mmg akan byk tanya, so aku jawab jugakla dgn tenangnya..

Last time kami pegi...hari raya ke 2 aritu. Thnni aku beraya di KL setelah 2thn tak balik. So on the 2nd day of raya, aku n family bercuti di Ilham Resort tu semalaman. Tak puas rasanya kalau sehari aje,tapi dek kerana nama pun raya, nak wat apa lelama ye tak! Ni beberapa pic yg sempat aku ambik...






 

 

 

 

 

 

 

So guys,kalau ada masa...pegilah bercuti di Ilham Resort...untuk keterangan lanjut, bolehla layari websiteni www.ilhamresort.com


0 pengkritik jemputan: