RSS

Wednesday, November 11, 2009

Pra-Merdeka


Salam pembaca blogku..bertemu lagi kita di laman ini..Aku nak sambung cerita semalam...sama ada aku berjaya mengeluarkan diri aku ke Kota Bharu atau tidak....jeng jeng jeng...begini sambungan ceritanya..


Sebaik saje aku selesai menulis entry semalam, aku pun apa lagi,terus bersiap-siap. Tapi aku sempat lagi berpikir...nak tanya mak mertua (yang aku panggil Ma) atau aku main redah aje?? kang kalau aku tanya, dia tak bagi...alahai, frustla plak. So sudahnya, aku main redah aje.Waah...baju apa aku nak pakai ni? Mengalahkan nak pegi jumpa boyfriend pulak aku rasa! Al maklumlah kan, ni la kali pertama aku keluar dari kawasan rumah aku. Kalau tak, aku cuma berulang dari rumah aku ke rumah Ma yang jaraknya cuma 1.8km..So aku pun menjenguk-jenguk seluar jeans yang dah lama aku tinggalkan...sejak kandungan  aku mula membesar haritu. Dalam hati tertanya-tanya..muat lagi tak seluar tu? Walaupun aku rasa body macam dah kecik sikit, tapi aku still cuak jugakla kan. Aku pasrah, ku sarungkan jeans kesayanganku tu dan taraaaa...mestilah muat beb! Hahahaha..berjaya jugak aku menguruskan body untuk sementara waktu! 


Aku ambil masa tak lama, dalam 20minit aku dah bersiap. Aku ditemani dengan anak sulungku yang memang aku suruh ponteng sekolah (jangan tiru macam aku!) sebab tak de sape nak anta dia pegi sekolah pepagi. Lagipun, dia dah habis exam..so takla terasa bersalah sangat ponteng sekolah. Dengan penuh rasa bangga dan happy, aku pun mula start enjin kereta dan pegi ke rumah Ma. Yalah, takkan aku nak bawak baby Damia pulakkan...aku pos aje baby Damia kat dia.


Sampai aje kat umah Ma, terkejut badak bila dia tengok aku dah melawa.Aku pun terus bagitau nak pegi ambil barang yang tertinggaltu dan lepas tu terus ambil anak ku yang ke dua dan dua lagi anak saudaraku dari tadika. Dia tak terkata apa...kalau dia larang pun, sure aku pegi jugak. Jadi lepas dah serahkan baby kat dia, aku pun mulalah memandu menuju ke Kota Bharu.


Untuk pengetahuan u all, ni bukan 1st time aku drive dalam tempoh berpantangni. Aku dah start drive sejak hari Jumaat lepas lagi (6.11) Tu pun aku drive tak jauh, pegi umah Ma aje. Kalau ikutkan rasa kaki yang gatal nak keluar,dengan tangan yang nak memulas stereng kereta....lagi awal rasanya aku dah drive. Saje aku tak nak melayan, sebab sedar diri yang aku tengah berpantang.


So destinasi aku yang pertama, dah tentulah KB Mall. Sampai aje kat situ, mujurlah senang dapat parking. Aku tak tunggu lama, terus ke tempat letak barang di supermarket Pacific. Alhamdulillah, aku tengok ada barang-barang yang tertinggal tu masih lagi di tempatnya. Senaglah sikit keje, kalau dialihkan barang tu ke customer service office ke...dah susah aku plak. Lepas aje ambil barangtu, aku pun bergegas turun ke tempat parking. Walaupun hajat di hati nak meround lagi, tapi aku batalkan aje hasrat hatiku. Kang leka meround, lambat pulak ambil bebudak tadika. Dengan keadaan cuaca yang tak menentu, baikla aku cepat-cepat balik aje.

Next destination, tadikala...Anak ku dan anak-anak sedaraku belajar di Tadika Qurratu A'yun...kedudukannya betul-betul bersetentangan dengan sekolah tempat aku mengajar. Mujur aku sampai kat situ jam baru pukul 1 ptg...aku terselamatla daripada bertembung dengan kawan-kawanku yang nak ambil anak diorang kat situ jugak. Sebaik saje budak-budak tadika tu nampak aku, aku pun cepat-cepat suruh diorang masuk ke dalam kereta dan tanpa berlengah lagi, aku pun terus memandu pulang...


Walaupun aku tak dapat meround KB macam yang biasa aku buat sebelum ni, tapi peluang dapat mengeluarkan diri dari "kepompong" selama 38hari cukup bermakna buat diriku. Baru kini aku tau erti sebenar merdeka...lebih-lebih lagi bagi golongan orang macam aku yang bekerja. Bila terkurung lama-lama kat umah,mulalah rasa serba tak kena...tak betah rasanya untuk aku jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi andai kata satu hari aku terpaksa juga duduk di rumah, aku pasrah aje...


Dan...kini aku hanya menunggu tempoh "edah" berpantangku habis...lepastu yaahoo...aku akan sambut hari merdekaku. Tapi aku masih lagi berpantang dalam hal-hal makanan. Maklumla aku bersalin melalui pembedahan, bukan boleh hentam keromo aje. Banyak benda dan perkara lain yang perlu aku jaga demi memastikan kesihatan dan keadaan ku pulih seperti biasa...

0 pengkritik jemputan: