RSS

Monday, November 16, 2009

Majlis Ihtifal Syasya


Waaah...letih sungguh aku rasa hari ni sampaikan nak update blog pun tak sempat...Tapi dek kerana dah lamabat nak publish entry ni,maka aku gagahkan jugak mata ni untuk terus bertahan...tahanla mata ye..kejap aje.Pasni bolehlah tido...


Semalam aku dan family telah meluangkan masa menghadiri Majlis Ihtifal dan Penyampaian Sijil Tadika Qurratu A'yun, tadika tempat anakku yang ke dua, Syasya belajar yang telah diadakan di Gelanggan Seni, Kota Bharu. Ramai sungguh ibu bapa yang datang untuk melihat anak-anak mereka membuat persembahan dan juga menerima sijil tamat belajar untuk pelajar-pelajar 6 tahun.


Aku dan family sampai agak lewat...payah jugak nak parkir kereta.Melilau-lilau suamiku mencari tempat kosong dan sudahnya, kereta kami diparkir di kawasan parkir perpustakaan awam yang terletak bersebelahan GS. Mujur tak jauh, kalau tak mau jugak berpeluh-peluh nak boleh sampai ke tempat yang dituju. Sampai aje ,Syasya terus disambut oleh cikgunya untuk disiapkan bagi acara tarian yang akan disertainya nanti.


Selepas mendaftar, kami pun meninjau-ninjau untuk mencari tempat duduk. Alamak,acara dah pun bermula. Acara yang pertama adalah persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar 6tahun. Ku lihat atur cara persembahan tarian anakku lambat lagi akan bermula. Mujurla sempat, kalau tidak maunya kami dah ketinggalan banyak persembahan dan dah tentu Syasya akan frust tak dapat buat persembahan.


Satu demi satu persembahan dibuat oleh pelajar-pelajar tadika ini. Cute dan comel sungguh aku tengok budak-budak ni..geram betul! Macam-macam persembahan yang dilakukan- ada drama Bawang Merah Bawang Putih, nasyid, dikir barat, choral speaking dan acara yang aku tunggu- Tarian Arab yang disertai anakku, Syasya. Yang kelakarnya, Syasya sempat lagi pandang kat aku masa aku ambil gambar dia. Siap malu-malu pulak tu! Aduhai anakku, menari ajelah..yang pegi tengok mama tu buat apa! Dahtu siap tutup mulut pulak nak cover malu...


Aku sempatla ambik beberapa keping gambar Syasya semasa dia menari..tapi dek kerana kamera aku buat hal ,maka kualiti gambar amat tidak memuaskan. Namun aku tetap nak abadikan kenangan Syasya untuk kali pertamanya membuat persembahan tarian di khalayak ramai...


Aku dan hubby


 
 Ni le Syasya, puteriku yang tengah


 

Aksi Syasya yang mengherotkan mulutnya..( sori tak clear sgt )


 

Memalu lah plak anak aku ni..tapi sempat lagi pandang kamera!


 

Blur sekejap tak tau nak buat apa!



Aksi herot mulut yang tak habis-habis!

Majlis selesai pukul 11.00 pagi. Nak balik, rasa awal sangat so kami pun terus menghala ke Parkson.Ini kali pertama aku sampai ke situ memandangkan Parkson baru jugakla buka di KB ni. Macam-macam cerita "ngeri " berkenaan jalan nak menuju ke tempat parkirnya yang aku dengar daripada kawan-kawan membantutkan niat aku nak memandu seorang ke sana. Aku ni memang jenis penakut sikit bab-bab nak masuk tempat parkir ni, especially kalau kena naik bukit ke...hhiii...maunya aku rela tak pegi!


Sampai di Parkson, aku tengok orang memenuhi pintu masuk. Macam ada acara aje..rupa-rupanya pelancaran produk kecantikan Datuk Sheila Majid- JERNEH. Aku cuba jugak nak ambil gambar Datuk Sheila, tapi dek kerana umat manusia punyalah ramai, tak jadilah. Kecik molek aje rupanya Datuk Sheila..cute sesangat aku tengok..semoga beliau berjaya dengan produk tersebut..


Apa yang nak dibeli di Parkson ni ye? Sajelah aku pusing-pusing cuci mata kata orang. Anak-anakku menggelepar bila sampai di tingkat yang menjual  barang-barang jenama Barbie..alamak, nampaknya aku dah salah tingkat ni! Masing-masing mulalah menyerbu sambil nak beli itu ini...aduhai anak, bukannya mama tak nak belikan..tapi agak-agak jugaklah apa benda yang nak dibeli. Kalau nak beli anak patung Barbie, kat umah tu dah ada 8ekor dah pun..sampai tak termain...alat tulis oklah...Sudahnya, masing-masing nak beli sticker dan set alat tulis. Haa..yang itu aku takle marah. Kalau benda-benda yang merepek, memang aku tak kasi beli...


Sempat jugak kami mengabadikan kenangan kat situ...


 
Syasya tengah usha papan menulis Barney..agak-agak mama bagi beli tak ye?


 

Nana dengan aksi sengihnya


 

Dah berkenan yang mana plak tu sampai moncong mulutnya


 

Aku pun nak gak bergambar...sendiri snap, ngeh ngeh ngeh 

Dah penat pusing-pusing usha segala barang yang ada kat Parkson, kami pusing pulak Giant. Kat Giant, tak banyak pun barang yang kami beli sebab baru aje shopping di KB Mall hari Jumaat lepas. So, lepas membayar barang-barang, aku dan family yang dah keletihan terus balik. Teringat pada si kecik Damia yang aku tinggalkan pada Ma...rindunya...

0 pengkritik jemputan: