Petikan dari akhbar Utusan Malaysia, 8 November 2009....
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Jumlah mangsa banjir di Kelantan hari ini meningkat walaupun keadaan di sesetengah tempat dilaporkan mulai pulih, manakala di Terengganu semakin ramai yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri Kelantan, Shahnaz Nurul Amin memberitahu, sehingga pukul 3 petang ini, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh negeri itu meningkat kepada 2,328 orang berbanding 2,023 orang pada tengah hari tadi.
Katanya, ketika dihubungi di KOTA BAHRU hari ini, mereka terdiri daripada 1,322 orang di Pasir Mas, Tanah Merah (706), Machang (183), Kota Baharu (29), Bachok (61) dan Pasir Puteh (27).
Bulan November sering dikaitkan dengan musim tengkujuh. Musim tengkujuh juga dikenali sebagai musim banjir atau musim bah. Mengikut petikan akhbar di atas, dua negeri yang sedang dilanda banjir adalah Kelantan, negeri di mana tempatku bernaung sekarang ini dan juga negeri jiran, Terengganu. Biasala, bila masuk aje bulan November, cuaca yang sebelumnya panas bertukar menjadi mendung dan hujan sepanjang hari.
Pada ketika musim hujan yang turun tidak berhenti2 inilah keadaan semuanya bertukar rupa. Penempatan yang dibina berhampiran pantai dan sungai tak terlepas dari ditenggelami air. Kesian juga aku pada mangsa2 banjir ni...dahla harta benda musnah, keadaan rumah pulak dipenuhi dengan segala macam kekotoran. Kerugian tak terkira....dan yang paling menakutkan, kehilangan nyawa orang2 yang tersayang...Nauzubillah!
Di sinilah ibu bapa dan orang2 yang lebih dewasa perlu memantau pergerakan dan keselamatan anak2 mereka. Biasalah kanak-kanak, bab main air ni memang menjadi kegemaran mereka.Tapi banyak perkara buruk dari baiknya jika mereka dibenarkan bermain air banjirni.Silap-silap nyawa melayang! Sudahnya mak ayah yang menangis meratapi kehilangan anak tersayang!
Mujurlah kawasan rumahku di Bachok ni tak pernah dinaiki air...alhamdulillah...sepanjang tempoh aku duduk di sini,dah hampir 8thn pun belum sekalipun kawasan rumahku dinaiki air. Mujurlah,kalau tidak dah tentu anak-anak ku pun sama macam kanak-kanak yang lain..meresahkan mak bapak dengan permintaan nak main air banjir.Biarlah anak-anakku tak berpeluang melalui pengalaman bermain dan bermandikan air banjir, asalkan aku tak perlu kecut perut setiap kali tiba musim banjir memikirkan keselamatan mereka!
Oleh kerana cuaca yang tak menentu, hujan sepanjang hari...maka aktiviti yang nak dilakukan pun terhad. Paling tidak, pergi keje, balik keje. Bila tiba cuti sekolah, alamat terperuk ajelah di rumah! Semua pergerakan menjadi lambat...gara-gara rasa sejuk dan hilang mood secara automatik! Jadi, perkara yang paling bagus-lepak aje di rumah, tarik selimut..tido! Nak ubah angin, aku akan balik KL dengan anak-anak...dapatlah aku lari sekejap daripada rasa kebosanan yang melanda diri...
Apapun, walau apa jua musim dan keadaan cuaca yang datang, kita perlulah terima dengan redha kerana sesungguhnya apa jua yang berlaku, mesti ada rahmat di sebalik kejadian. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku...Kun Fayakun...Apabila Dia berkehendakkan sesuatu terjadi, maka terjadilah ia..
0 pengkritik jemputan:
Post a Comment