RSS

Saturday, January 16, 2010

Terapi minda di Pantai Irama

Dah lama betul aku dan anak-anak tak menjengah ke Pantai Irama yang terletak kira-kira 10km dari rumah aku. Kalau tak silap, kali terakhir aku bawa anak-anak ke situ 9 bulan yang lepas. Anak sulung yang beria-ia mengajak aku pegi....dah lama tak pegi ambik angin pantai katanya. Kalau ikutkan "angin malas" aku memanglah tak bergerak ke mana! Kepenatan bekerja ditambah pulak dengan mesyuarat itu ini membuatkan aku selalu balik lambat. Anak-anak dah mula merungut... Maka demi anak-anak tersayang,ku turutkan jualah permintaan mereka...Kali ni aku turut ajak sepupu suamiku, Taufiq menemani aku dan anak-anak.....saje nak memeriahkan suasana kata orang! En Hubby tidak dapat bersama-sama kerana masih bekerja! (hari Khamis kejadian ini berlaku!)


Bila dah sampai pantai, perkara pertama yang kami buat-cari kedai dan makan! Bila datang sini,tak sah kalau tak makan "colek"-fish ball dan yang seangkatan dengannya digoreng dan kita cicah dengan sos. Pekena pulak dengan air kelapa...fuhh...ditemani dengan tiupan angin pantai yang agak kencang jugakla...terpegun sejenak sambil membayangkan kenikmatan yang Allah bagi....kan best kalau dapat camni hari-hari!





Nana dan ayah sepupunya, Taufiq


Aku pun nak posing gaksss.....tu air kelapa muda yang fresh!

Gambar semua orang ada, mana plak anak aku yang kecik tu, si baby Damia?? Haaaa..macam biasa Damia dok dalam ni....


Damia dok dalam stroller....baik anak Mama nih!


Lepas acara makan-makan dan minum-minum, aku dan anak-anak ambik angin petang plak.....kuat betul tiupan angin sampai aku yang berat + besau ni terasa nak melayang dibuatnya!Hehehehee.......tapi keadaan pantai sekarang dah tak macam dulu...kalau dulu kanak-kanaklah yang paling riang ria main air laut.....mandi manda, buat sand castle bagai tapi sekarang ni, pantai dah terhakis....yang ada hanyalah tembok penghalang daripada hakisan pasir pantai terus berlaku.....huhuhu...aku memang tak gemar nak mandi air laut ni, tapi kalau dulu boleh jugak celup-celupkan kaki, main-main air kata orang sekarang dah tak boleh dah......nak mandi pun rasa gerun...tengok ajelah gulungan ombaknya!


Besau jugaklah gulungan ombak time ni.....





Kalau dulu boleh turun sampai ke bawah main-main air, mandi-manda tapi sekarang jenguk dari atas aje!

Dah nak main-main air tak boleh...jadi apa yang bolehnya kat pantai ni?? Sesi bergambar ajelah.....Layan.....

Anak-anakku dan Taufiq


Tiga beradik permata hati kami


Mama dan Damia...aiseehhhh...Mama tutup matale plak!

Bila dah siap semuanya, kami pun berangkatle balik umah....Alhamdulillah aku berjaya menunaikan permintaan anak-anak kali ni....lepas ni kalau dah lama tak jengah pantai pun diorang tak de la bising! InsyaAllah ada kelapangan waktu aku datang lagi......

5 pengkritik jemputan:

Unknown said...

Salam cikgu.Tiga orang cukup ke? Anak-anak saya semua sudah besar. Paling kecil 9 tahun. Senanglah sikit.Tak lama lagi mungkin terima menantu pula.

Maiyah said...

sronok nyer lyn pantai.. huhuu bila sy nak gi.. cumelnya si tecik tuh.. gerammmmm

Ayu Cute said...

Salam Mybabah...

Hehehe...setakatni 3 org...blm rezeki nak anak ramai pasal dah 3X operate...klu blh pun maybe sorang lg...

kak Maiyah...ada masa blhlah akak pegi pantai ye....amek angin pantai...hehehehehe....

insan pendidik said...

salam,

emm sekali sekala elok jugak berjalan ke pantai sambil menikmati angin sepoi2 bahasa tu...anak2 pun riang ria.

Nida n' Hanafi said...

Amboi... bersantai sambil bersantap... sambil menikmati hembusan bayu yg berhembus..