RSS

Saturday, May 1, 2010

Kami yang ditinggalkan sejenak....Eeee...diorang ni tak tahu malu ke???

Ini cerita tengahari semalam....Semalam hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi semalam aku dan anak-anak ke KB Mall, nak ambik cop jempol...eh salah,pocket stamp yang aku order pada hari Khamis. Ada 14 pocket stamp semuanya termasuk kawan-kawan aku punya sekali. Kuar umah pun dah lambat, bekpes pun lambat..bukan kata bekpes, dah boleh kira lunch pun! So habis aje makan, ke KB Mall lah tempat kami tuju..

Dek kerana sampai pun dah tengahari, maka En Hubby pun tinggalkanlah kami empat beranak kat situ sementara dia nak pi solat Jumaat. Aku macam biasalah, bila dah ditinggalkan ni kena pandai-pandailah bawa diri. Maklum ajelah dengan 3 orang anak dara yang macam-macam peel ni, boleh sakit kepala jugak dibuatnya! So dah puas pusing-pusing, aku pun singgahlah kat kiosk Muhibbah Bakery nak lepaskan penat lelah...Anak-anak pun dah mula haus..order ajelah apa-apa yang patut.

Anak-anak layan kek sorang sepotong.....

Baby Damia dok diam-diam dalam stroller

Aku tengok jam kat tangan gebu aku ni...eh, dah pukul 1.00 ptg rupanya...tapi aku tengok ramai gak kaum Adam tak berganjak pun lagi nak ke masjid. Aku sendiri naik konpius, hari ni bukan hari Jumaat ke? Biasalah kat KB kan Jumaat dan Sabtu adalah weekend kami...Aku tengok jam lagi, musykil jugak kot-kot aku tengah bermimpi. Memang betullah hari Jumaat..dah nak masuk waktu Zohor pun. Tapi apasal ek diorang ni dengan muka selamba badak boleh buat tak tahu aje..dengan muka bangga ke hulu ke hilir dengan gelpren...tak pun ada jugak yang datang dengan family...yang si isteri pun satu,tak sound ke si suami pi solat? Hadoooi...kalau situasi ni kat KL,aku dah lali...dah kalih...dah biasa. Aku selalule pi Sogo lunch hour hari Jumaat...bukan setakat kaum Hawa ambil kesempatan untuk bershopping, kaum Adam pun sama jugak. Ada tu yang siap berbaju Melayu, tapi masjidnya di Sogo! Bila aku tengok situasi yang sama berlaku di KB, aku rasa semacam. Yelah, sapalah aku nak judge orang kan! Tapi ini tidak betul...Takkanlah tak boleh nak cari masjid, tunaikan dulu yang wajib...pastu sambunglah shopping balik. Bukannya tak de masjid yang terdekat dengan KB Mall ni....naik geram plak aku!

Aku dengan muka tak puas ati.....snap gambar sendiri!

Apa yang aku kesalkan, diorang ni dahla tinggalkan solat Jumaat tanpa sebarang alasan yang munasabah...dahtu dengan muka tak malunya boleh lagi melepak-lepak dengan gelpren (bagi yang tengah jalan dengan gelpren)...duduk rapat-rapat...Yang datang dengan family pun dok sengih-sengih macam kerang busuk...Adoooi....aku tak taulah nak kata apa! Gamaknya tak pe kot tinggalkan solat Jumaat macam tu aje...ke dah memang rutin diorang macam tu? Apapun, semoga mereka-mereka itu dan jugak diri kita sendiri sentiasa mendapat taufik dan hidayah daripada Allah dan terlindung daripada segala kemungkaran....Amin....

0 pengkritik jemputan: