RSS

Saturday, May 1, 2010

Pesta Buku Kelantan

Lambat update citer hujung minggu kami....Malam tadi aku bawak anak-anak ke Pesta Buku Kelantan yang bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Anak-anak dok tuntut janji, so nak tak nak terpaksalah aku tunaikan. Selagi tak dapat, selagi tu lah akan ditagih janji. Bebudak faham ajelah kan perangai diorang ni...

Sampai aje kat tempat dituju, aku tengok punyalah ramai umat manusia....Dewan yang besar tu dah jadi panas semacam. Orang ramai bersesak-sesak nak pilih buku. Rata-rata yang datang bawak anak-anak...Haaa...ni pun macam kes aku kot...Dah berjanji dengan anak-anak nak bawak datang sini...

Actually, pesta buku ni dah bermula sejak 26hb lagi. Kiranya memang tepatlah, time gaji ada pesta buku. Tapi dek kerana 26hb tu bukan hujung minggu, payahla aku nak datang. So tunggu hujung minggu jugakla baru dapat bawak anak-anak ke sini.

Aku ambik masa tak lama...sebab bagi aku, kalau setakat nak beli buku tambahan, time biasa pun boleh beli sebab diskaun yang ditawarkan pun sama macam kat kedai buku biasa. So aku pilih-pilih jugak buku yang patut dibeli. Anak-anak pun bila tengok buku dah banyak sangat macam tu sampai tak terpilih. Bila aku turun kat bahagian bawah, aku nampak lagi ramai orang. Ohh...kat bahagian ni lah ada buku yang dijual dengan serendah harga 50 sen! Tapi tak yah tanyalah ye buku tu dipublish tahun bila...hehehehe....Jengah-jengah kejap, mana-mana yang berminat aku rembat. Tengok ada buku untuk budak-budak tadika yang kalau biasanya dijual dengan harga RM2.90 - 3.90, ni aku beli dengan harga RM1 aje sebuah. Kalau beli 10 buah, baru RM10! Jimaat....jimaaaattt....tapi tak beli 10 pun...sebab rata-rata buku tu dah pun kami beli.....

Muka penat + mengantuk dua beradik...tunggu turn nak bayar

Banyak tu aje kami beli..tak larat nak pilih

Dalam beli tak banyak pun, habis jugaklah RM115.00..oklah tu...resit jangan buang tau..simpan untuk isi borang LHDN tahun depan! Hehehe..tapi kekadangtu hilang jugak resitnya....

So kepada warga Kelantan, especially yang duduk di KB, sempat lagi kalau nak pegi sebab pesta buku ni akan tamat esok, 2.5.2010...

2 pengkritik jemputan:

~aSHa~ said...

aritu kami pg pesta buku di KL...

seronok gak layan anak2 membelibuku ni....tapi anak2 sy jap je la buku tu elok...

azieazah said...

Baguslah kecik-kecik dah minat membaca. so cuti ujung minggu ni, mengadap buku jer lah pagi petang siang malam yerrr.. hehehehe